Mulut Orang

Kita dengar dari Mulut Orang La...

Perkara penting yang anda perlu ambil tahu selepas membuat bayaran tunggakan PTPTN

2017 mungkin merupakan tahun yang sibuk bagi pihak PTPTN dan Peminjam Tegar. Dan saya yakin mesti ramai dikalangan kita pada hari ini adalah insan yang bergraduat dengan hutang pendidikan terkumpul.  Dari segi sudut positif, kita seharusnya berterima kasih kepada pihak PTPTN kerana telah menyediakan perkhidmatan pinjaman pendidikan bagi pelajar yang tidak berkemampuan untuk meneruskan cita-cita ke menara gading dan menggenggam segulung Ijazah yang menjadi kebangga kedua-dua ibu bapa dan keluarga.

Tetapi, ini bukan isu yang saya ingin kongsikan hari ini. Isu sebenar adalah bagi lepasan ijazah yang mengalami nasib yang sama seperti saya iaitu mempunyai baki tertunggak bayaran bulanan yang sudah lama tak terbayar dan telah mendapat surat peringatan 1-3, saya nasihatkan anda supaya ambil tahu tentang pinjaman anda itu.  Hal ini adalah, pihak PTPTN sebenarnya ingin membantu kita untuk menguruskan pinjaman tersebut dan elak nama kita disenarai hitamkan.

Proses membayar tunggakan pinjaman saya telah kongsikan dalam entry sebelum ini. Terdapat banyak kaedah yang ada bleh gunakan untuk urus masalah tunggak tersebut.

Hari ini, saya ingin kongsikan perkara penting yang anda perlu buat sekiranya telah menyelesaikan tunggakan pinjaman yang harus dibayar pada tempoh tertentu.  Contohnya sya, telah menyelesaikan tunggakan sebanyak RM4,066.00 dan mendapat resit pembayaran dari Pihak PTPTN. TETAPI, saya ingin INGATKAN kepada anda untuk dapatkan surat pengesahan pembayaran balik baki tertunggak tersebut untuk supporting document bagi urusan pinjaman yang anda ingin lakukan. Hal ini amat membantu dalam proses kelulusan permohonan tersebut.

Sekiranya anda terlupa untuk mintak surat tersebut, anda boleh email kepada pihak PTPTN untuk dapatkan surat tersebut dan sertakan sekali maklumat serta softcopy bagi resit pembayaran.  Anda akan dapat feedback dari pihal PTPTN dalam kadar yang segera.

Sekian kongsian saya pada entry kali ini. Nanti saya akan update aktiviti terbaru insyaAllah. Assalamualaikum. =)

Perkara penting yang anda perlu ambil tahu selepas membuat bayaran tunggakan PTPTN.


Share this article :
+
Previous
Next Post »
1 Komentar untuk " Perkara penting yang anda perlu ambil tahu selepas membuat bayaran tunggakan PTPTN"

info yg bagus., anak wak baru je selesaikan pinjaman ptptn melalui kwspnyer., bole kann

Terima Kasih Sudah Berkomentar

PESANAN PENTING

PESANAN BUAT ANDA! Kami tidak akan bertanggungjawab atas kerosakan dan masalah-masalah yang timbul selepas anda mengamalkan Petua-Petua di ruangan ini. Sebaik-baiknya anda mendapatkan pandangan pihak yang pakar ataupun Doktor..
 
Copyright © 2014 Mulut Orang - All Rights Reserved
Template By. Kunci Dunia
Back To Top